The world's local bank
Malaysia Commercial          
 
Maklumat lanjut tentang Perbankan Islam
Takaful Gadaijanji
Takaful Gadaijanji Takaful Gadaijanji


Bahasa Malaysia

Takaful Gadaijanji sama seperti Perlindungan Pembiayaan Biasa, tetapi dengan kelebihan PULANGAN TUNAI perkongsian keuntungan sehingga 60%!*

Hari ini keluarga anda bahagia. Anda membayar balik pinjaman bagi rumah keluarga setiap bulan. Anda sumber mata pencarian sekeluarga, dan anda bekerja kuat. Rumah adalah 'syurga' anda. Mahligai anda. Di sinilah melimpahnya kenangan manis dan kasih sayang.

Seandainya sesuatu menimpa diri anda, bagaimana dengan rumah anda?

Tanpa perlindungan untuk pinjaman, keluarga yang tersayang mungkin akan kehilangan rumah yang menjadi tempat berteduh dan terpaksa bersusah payah mencari tempat lain.

Dengan Perlindungan Pembiayaan Perumahan Takaful HSBC Amanah, tiada siapa boleh mengambil hak anda

  • Seandainya anda meninggal dunia atau mengalami kehilangan upaya kekal seluruh tubuh badan, pihak Takaful (Syarikat Takaful Malaysia Berhad, iaitu pengunderit Takaful Gadaijanji) akan menjelaskan baki pinjaman yang belum selesai
  • Keluarga tersayang akan mewarisi rumah anda danbebas daripada sebarang pinjaman. Satu sen pun mereka tidak berhutang! Tiada sesiapa boleh mengambil hak mereka!
  • Penjamin anda akan bebas daripada sebarang liability
Bukan itu sahaja, ada banyak lagi manfaatnya!

Tetapi bagaimana dengan sumbanganTakaful anda?

Mengikut pelan perlindungan pembiayaan biasa, setelah selesai premium dibayar, anda tidak akan tahu apa terjadi kepada wang itu (kecuali bila tuntutan dibuat).

Di bawah Takaful Gadaijanji anda mendapat PULANGAN TUNAI perkongsian keuntungan!

Inilah Keistimewaan Takaful.

Katakan 20 tahun dari sekarang. Syukurlah, anda sihat wal'afiat! Anda telah melangsaikan bayaran rumah keluarga anda. Syabas! Oleh sebab anda ada Takaful Gadaijanji, anda juga berhak mendapat PULANGAN TUNAI perkongsian keuntungan. Bolehlah membeli perabot baru atau pergi bercuti bersama keluarga!

Anda berpotensi berkongsi keuntungan. Ya! Sebagai PULANGAN TUNAI perkongsian keuntungan sehingga 60%!*

Apabila syarikat menawarkan insurans biasa kepada anda, syarikat melaburkan premium anda dan mengambil keuntungan yang diperolehi. Melalui Takaful Gadaijanji, anda berpeluang menikmati perkongsian keuntungan yang dijana oleh syarikat.

Salah satu konsep utama Takaful ialah apa yang dinamakan al-mudharabah. Melalui konsep ini, anda berhak berkongsi keuntungan bersih yang dijana daripada pelaburan dan ini memungkinkan anda menikmati PULANGAN TUNAI sehingga 60% diakhir tempoh perlindungan seperti yang pernah diwartakan.

Kepuasan mengetahui wang anda dilaburkan sebaik-baiknya

Satu lagi aspek penting Takaful ialah anda tahu sumbangan Takaful anda dilaburkan secara halal. Mungkin anda pernah dengar tentang pelaburan 'hijau' di mana pelaburan hanya dibuat dalam syarikat yang menjaga dan memelihara alam sekitar. Takaful juga hampir sama, hanya bezanya sumbangan Takaful anda dilaburkan dalam aktiviti yang dibenarkan oleh Syariah. Perniagaan Takaful adalah berlandaskan konsep al-takaful (saling jamin menjamin), al-mudharabah (perkongsian untung) dan tabarru (menderma).

Untuk semua rakyat Malaysia.

Anda tidak semestinya seorang Muslim untuk menikmati keistimewaan Takaful Gadaijanji. Takaful terbuka kepada SEMUA golongan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama, asalkan anda dalam lingkungan umur 18 - 55 tahun.

FAKTA SEPINTAS LALU

Perlindungan Pembiayaan Perumahan BiasaTakaful Gadaijanji
Ya
Bayaran balik sekali gus segala hutang pinjaman belum selesai jika kematian atau kehilangan upaya kekal menyeluruh
Ya
Bayaran balik sekali gus segala hutang pinjaman belum selesai jika kematian atau kehilangan upaya kekal menyeluruh
Tiada
Perkongsian keuntungan
Ya
PULANGAN TUNAI perkongsian keuntungan sehingga 60% seperti yang pernah diwartkan*
Tiada
Kawalan cara bagaimana premium anda dilaburkan
Ya
Pelaburan hanya dibuat dalam syarikat yang dibenarkan oleh Syariah

Untuk menikmati faedah Perlindungan Pembiayaan DENGAN PULANGAN TUNAI, sila hubungi 03-2050 7878 atau kunjungi cawangan HSBC berhampiran. Jurubank Peribadi kami yang peramah sedia membantu anda!

* Berdasarkan rekod perkongsian keuntungan yang lepas. Prestasi mungkin brebeza dari tahun ketahun. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Takaful Gadaijanji ditaja jamin oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Nota Pengecualian: laman web ini bukan satu perjanjian Takaful. Terma dan syarat yang sah ada seperti yang terkandung dalam Sijil Takaful yang asal.

 

 
 
 
Privacy and Security Terms of Use Hyperlink Policy