The world's local bank
Malaysia Commercial          
 
Maklumat lanjut tentang Perbankan Islam
Takaful Pemilik Rumah
Takaful Pemilik Rumah Takaful Pemilik Rumah


Bahasa Malaysia

Jika anda ingin perlindungan dan juga perkongsian keuntungan, Takaful Pemilik Rumah ibarat impian menjadi kenyataan

Bacalah akhbar hari ini. Suratkhabar apa pun. Buktinya banyak. Saban hari, orang biasa seperti kita kehilangan tempat berteduh dan milik peribadi yang berharga dalam kebakaran rumah, kecurian, kemalangan dan kejadian yang tak disangka-sangka.

Mereka beranggapan semua itu tidak mungkinmenimpa diri mereka.

Takaful Pemilik Rumah adalah sumber keyakinan bagi anda. Seandainya sesuatu berlaku, anda ada payung perlindungan. Pelan ini begitu menyeluruh dan merangkumi pelbagai kemungkinan -

  • Kebakaran, petir, halilintar dan kebakaran bawah tanah
  • Letupan
  • Pesawat/lain-lain peralatan atau benda yang jatuh daripadanya
  • Kesan hentaman daripada kenderaan jalan raya, binatang yang bukan milik atau di bawah jagaan/kawalan peserta atau keluarganya
  • Pecah atau limpahan daripada tangki air, peralatan atau paip
  • Kecurian dengan kesan rumah diceroboh atau di pecah masuk
  • Badai, puting beliung, taufan, ribut atau hujan lebat
  • Gempa bumi dan letupan gunung berapi
  • Banjir
  • Liabiliti kepada pihak ketiga
  • Kerugian sewa setakat 10% nilai perlindungan rumah

Tetapi mengapa Takaful Pemilik Rumah lebih baik daripada yang lain? Kerana di samping perlindungan untuk rumah dan isi kandungannya**, anda juga mendapat PULANGAN TUNAI perkongsian keuntungan!

  • Perlindungan menyeluruh untuk rumah dan isikandungannya
  • Ketenangan fikiran kerana rumah keluarga andadilindungi dengan pelan yang komprehensif

Tetapi apa terjadi kepada sumbangan Takaful anda?

Mengikut pelan biasa, perlindungan rumah dan isi kandungannya, setelah selesai premium dibayar, anda tidak akan tahu apa terjadi kepada wang itu (kecuali tuntutan dibuat). Mengikut Takaful Pemilik Rumah, anda mendapat PULANGAN TUNAI perkongsian keuntungan!

Inilah Keistimewaan Takaful.

Perkongsian keuntungan.

Apabila syarikat menawarkan insurans biasa kepada anda, syarikat melaburkan premium anda dan memperolehi keuntungan daripadanya. Melalui Takaful Pemilik Rumah anda berpeluang menikmati perkongsian keuntungan.

Salah satu konsep utama Takaful ialah apa yang disebut al-mudharabah. Mengikut konsep ini, anda berhak berkongsi keuntungan daripada dana Takaful. Ini memungkinkan anda menikmati PULANGAN TUNAI perkongsian keuntungan sehingga 30% setiap tahun seperti yang pernah diwartakan.

Kepuasan mengetahui wang anda dilaburkan sebaik-baiknya

Satu lagi aspek penting Takaful ialah anda tahu sumbangan Takaful anda dilaburkan secara halal. Mungkin anda pernah dengar tentang pelaburan 'hijau' di mana pelaburan hanya dibuat dalam syarikat-syarikat yang menjaga dan memelihara alam sekitar. Takaful juga hampir sama, hanya bezanya sumbangan Takaful anda dilaburkan di dalam aktiviti yang dibenarkan Syariah. Perniagaan Takaful adalah berlandaskan konsep al-takaful (saling jamin menjamin), al-mudharabah (perkongsian untung) dan tabarru (menderma).

Untuk semua rakyat Malaysia.


Anda tidak semestinya seorang Muslim untuk menikmati keistimewaan Takaful Pemilik Rumah. Takaful terbuka kepada SEMUA golongan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama.

FAKTA SEPINTAS LALU

Perlindungan Rumah BiasaTakaful Pemilik Rumah
Ya
Perlindungan untuk rumah dan isi kandungan daripada sebarang bencana dan kejadian
Ya
Perlindungan untuk rumah dan isi kandungan daripada sebarang bencana dan kejadian
Tiada
Perkongsian keuntungan
Ya
PULANGAN TUNAI perkongsian keuntungan sehingga 30% seperti yang pernah diwartakan*
Tiada
Kawalan cara bagaimana premium anda dilaburkan
Ya
Pelaburan hanya dibuat dalam syarikat yang dibenarkan oleh Syariah

Untuk menikmati faedah Perlindungan Rumah dan Isi Kandungan DENGAN PULANGAN TUNAI, sila hubungi 03-2050 7878, buat temujanji menerusi Internet atau kunjungi cawangan HSBC berhampiran. Jurubank Peribadi kami yang peramah sedia membantu anda!

* Berdasarkan rekod perkongsian keuntungan yang lepas. Prestasi mungkin brebeza dari tahun ketahun. Tertakluk kepada terma dan syarat.
** Sumbangan Takaful tambahan diperlukan untuk perlindungan isi kandungan rumah.

Takaful Pemilik Rumah ditaja jamin oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

Nota Pengecualian: laman web ini bukan satu perjanjian Takaful. Terma dan syarat yang sah ada seperti yang terkandung dalam Sijil Takaful yang asal.



 
 
 
Privacy and Security Terms of Use Hyperlink Policy